Pengenalan Perpustakaan Tun Dr Ismail, UiTM Cawangan Johor

Perpustakaan Tun Dr Ismail telah memulakan perkhidmatannya di Bukit Siput pada tahun 1983 dan kemudian  telah berpindah ke Segamat Baru pada tahun 1984. Pada tahun 1990 pula telah berpindah di KM12, Jalan Muar – Segamat.  Pada pertengahan bulan Mei 1998 pula telah memulakan operasinya di bangunan sendiri dan pada 04 Mei 2005 Perpustakaan UiTM Johor dengan rasminya telah dinamakan ”Perpustakaan Tun Dr. Ismail”. Nama ini telah diambil sempena nama Timbalan Perdana Menteri yang ke 2 iaitu Allahyarham Tun Dr. Ismail bin Abdul Rahman. Encik Taufiq bin Tun Dr. Ismail (Anak lelaki Tun Dr. Ismail) telah memberi kebenaran untuk penggunaan nama tersebut.

PTDI kini mempunyai seramai 28 orang kakitangan yang diketuai oleh seorang Timbalan Ketua Pustakawan Kanan (S52) iaitu Puan Hjh. Maznah Bte Abd Hamid dan tiga orang Pustakawan Kanan (S44) iaitu Pn. Mawar Noor Bte Abdullah (Unit Penyelidikan), En. Mohd Hafiz Bin Kasirun (Unit Perkhidmatan Pelanggan & Pengurusan Koleksi) dan Pn. Siti Rozana Binti Mat Sanat (Unit Pentadbiran & Pembangunan Sumber Ilmu).

Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI) merupakan perpustakaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Johor yang merupakan tempat rujukan bagi semua warga kampus secara amnya. Pelbagai kemudahan dan perkhidmatan disediakan di perpustakaan ini bagi bertujuan untuk melahirkan graduan yang berilmu dan berdaya saing serta kakitangan yang berpengalaman luas dan dapat memberikan inovasi dalam membina insan untuk pembangunan negara. PTDI sentiasa berusaha untuk menyediakan perkhidmatan terbaik bagi semua pengguna dengan menerima segala cadangan dan kritikan yang diajukan.

PTDI mempunyai bangunan dua tingkat di mana keluasan tingkat bawah ialah seluas 22,400 kaki persegi  dan tingkat atas seluas 16,000 kaki persegi. Jumlah pengguna  yang boleh memasuki PTDI pada satu satu masa ialah seramai 600 orang.

No comments:

Post a Comment

Lawatan Naib Canselor ke UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat

Sekitar Lawatan Naib Canselor UiTM, Prof. Emeritus Dato' Dr Hassan Said ke UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat pada 27 Mac 2017 sempen...